Saturday, May 19, 2012

CNS stimulant

milo+nescaffe+ ais = neslo ping! *yum2*

perghh! sodap sampai tak tido malam, siap marathon city hunter 20 episod dalam sehari *tak main lompat-lompat tau*


~poo chai ~


 air neslo ping dah nak habis..mentang2 musim panas cepat je ais tu cair even though tengah malam *padahal cair sebab duduk dekat dengan api -.-*


 gigi gongok, terpelanting entah ke mana time nak reducekan size *alhamdulillah dah jumpe balik :)*


 macam manalah nak exam ni, buat benda ni pun dah 3 4 jam...*time exam sejam je dia bagi T.T*


namanya cold acrylic dalam stingy stage....

bittaufik wanajah untuk sahabat-sahabat sekalian... 
semua dalam fatrah exam, jangan hubungan kita semua pun di'exam'kan jugak ye :)

berusahalah seperti kamu tidak mengenali apa itu tawakal
dan pada masa yang sama
hati itu bertawakal kepada Allah seolah-olah badan kamu tidak pernah berusaha
~GALA NIGHT, 12052012~ [3:159]

Thursday, May 3, 2012

peach cobbler

percubaan pertama berjaya! betul-betul berjaya atau tak aku tak pasti tapi bolehla, nampaklah jugak rupa.

me: nah, amik la rase
Ah: amende ni? *berkerut dahi*
me: tekalah. cuba rasa..
Ah: *ambik sudu dan makan* *berfikir* rasa cinnamon....... Entah.
me: hehehe...tu peach cobbler with ice cream
Ah: o00o



inspirasi dari Laile *ohimissusomuch!* dialah yang perkenalkan hasil karya Hlovate, peach cobbler dan segalanya. laile oh laile, apelah yang awak buat sekarang...........

projek peach cobbler ni dah tertanggung 2 3 bulan sebenarnya, hari ni baru terlaksana. tak pernah makan benda ni so tak tahu ape rasa sebenarnya. hentam kromo je lah asal boleh makan ;p sangat senang nak buat, recomended to all :)



sumber asal: http://www.pickyourown.org/peachcobbler.htm


Saturday, April 7, 2012

malam ini

mujahadah

diri akan terus teruji dengan perkara yang sama selagi masih belum mampu mengatasinya. kekuatan diperoleh dengan segala ujian itu, meski kadang kala terasa letih. usah putus asa, teruskan perjalanan dan hadapi semuanya. kamu minta kekuatan Dia berikan ujian, kamu pinta ketabahan Dia hamparkan rintangan.

fitrah, diri melakukan kesilapan. bertaubat dan pohonlah ampunanNya. berulang kali diri lakukan kesilapan beribu kali Dia sudi maafkan, hanya jika diri benar-benar mahukan keampunan. ayuh diri, kuatkan semangat dan azam!

Monday, March 5, 2012

SYRIA, benar atau tidak?

السلام عليكم
الحمدلله


hai. serius dua rius rindu nak tulis, rindu nak luah perasaan tapi entah bila bukak je terus malas. *sigh* pening! mana satu nak percaya? yang ni cakap camni yang tu cakap camtu. yang pasti memang benar-benar berlaku.


Ahmed Toyyib El-Kauki, Ketua Pasukan Kempen Antarabangsa Bantuan Rakyat Syria menyifatkan revolusi yang berlaku di Syria sebagai "yatim dan sebatang kara" sebagai perumpamaan terhadap tiada apa-apa pertolongan dari dunia sekalipun setiap hari peluru-peluru tentera rejim menembusi dada-dada rakyat sambil melahirkan rasa hairan dengan sikap Basyar yang seakan-akan tidak mengakui krisis yang berlaku dalam negaranya.

El-Kauki berucap di Himpunan Rakyat Membantu Rakyat Syria anjuran Ikhwan Muslimin Fayoum. Jelas El-Kauki lagi, lebih menyedihkan apabila pihak tentera rejim membunuh rakyat secara beramai-ramai, menyerang masjid dan membunuh para imam. Selain itu, dinding-dinding masjid turut diconteng dengan kalimah kufur dan mendewa-dewakan pemimpin rejim negara itu.



apa?


isu SYRIA. di sini kami didedahkan dengan keadaan yang berlaku di SYRIA. muslim kill muslim. well, ustaz yang beri ceramah cakap, mereka (syiah) bukan lagi muslim sebab pegangan (akidah) mereka dah jauh terpesong. jauh berbeza dengan wahabi (sebab wahabi masih lagi berpegang dengan al quran sunnah, hanya bergaduh tentang masalah furuk) sedangkan pegangan akidah syiah sendiri begitu berbeza dengan ahli sunnah wal jamaah. nak tulis lebih-lebih takut salah, kajilah sendiri. *p/s: kaji dengan sumber yang sahih tau, tengok siapa pengarangnya, latar belakangnya, jangan terus percaya bulat-bulat*


sedih? 

malu nak mengaku diri ini muslim yang penyayang, jauh benar dari hadis  Nabi Muhammad S.A.W.;

daripada Anas R.A, daripada Rasulullah S.A.W. bersabda;
"tidak akan beriman seorangpun di kalangan kamu semua (secara sempurna) sehingga dia menyayangi saudaranya seperti mana dia mennyayangi dirinya sendiri"

bergetar hati tatkala melihat video-video mendedahkan perjuangan mereka mempertahankan diri, keluarga dan agama tanpa mengharapkan bantuan masyarakat luar, hanya berserah kepada Allah. mereka bukan ekstrimist, bukan pemberontak, hanyalah ingin pertahankan hak sebagai seorang muslim, seorang bapa, seorang ibu, seorang anak.

setiap hari berlaku pembunuhan terhadap muslim sunni di syria, bukan satu bukan dua tapi puluhan. anak disembelih di hadapan ibu, suami ditembak di hadapan isteri, rumah digeledah dan seluruh isinya dibunuh dengan kejam.

diseleweng?

benarkah fakta-fakta yang disebarkan mengenai penderitaan rakyat syria hanyalah mainan barat? wallahualam. namun lihatlah sendiri video-video yang diupload sendiri rakyatnya, bukan melalui media. CNN dan BBC tidak boleh dipercayai? well, sekurang-kurangnya mereka lebih telus dalam menyuarakan penderitaan rakyat syria. wakil negara Arab kata tiada apa yang berlaku di syria? jika benar kenapa Syeikh Dr Yusuf Al-Qadarawi sibuk-sibuk menghantar wakil ke setiap negara Islam termasuk Malaysia untuk menerangkan apa yang berlaku di Syria? malah jumhur ulama' juga menyokong tindakan rakyat, bukan Basyar!

teringat satu berita yang menyatakan bahawa rakyat Syria menyokong penuh tindakan Basyar yang disiarkan di sebuah tv tempatan. tahukah anda sebahagian daripada mereka diculik oleh tentera dan dipaksa berada dalam perarakan tersebut? inilah gunanya IT, cari maklumat yang sahih dan lihat dunia luar, bukan jadi katak di bawah mangkuk kaca lutsinar, dapat melihat tetapi pandangannya terhad.

p/s: tak faham kenapa semakin ramai rakyat Malaysia yang memeluk syiah. tahukah mereka siapa pengasas syiah? apakah pegangan sebenar mereka? kitab mereka? bagaimana syiah ini terbentuk? dan peristiwa di sebalik sambutan "10 muharram" yang disambut mereka? atau kerana berminat dengan nikah mut'ah yang telah diharamkan oleh jumhur ulama'? atau kerana.....*tak pasti boleh tulis ke tidak*
~kontroversinya ayat di atas, fuh~


adios~
'jihadnya Muslim untuk pertahankan agamanya'

Saturday, January 7, 2012

heart attack!

السلام عليكم
الحمدلله


hati. qalbun. heart *tp kalau ikut translation betul liver, mane satu yang betul?*

Rasulullah SAW bersabda: “ Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging, jika sekiranya baik daging itu, maka baiklah seluruh diri manusia itu. Jika sekiranya buruk daging itu, maka buruklah seluruh diri manusia itu. Ketahuilah, bahawa ia adalah hati ”.
segalanya bermula dari hati. betul, kalau hati tak tenang memang akan resah gelisahlah hidup ini. macam-macam masalah akan dihadapi, norma kehidupan. terpulang pada diri untuk menangkis, menyelami dan menyelesaikan masalah, tiada panduan khusus untuk itu.

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.

tiada penyakit yang tiada ubatnya melainkan mati. so, sama-samalah rawat hati ini agar tidak membarah dan membunuh jiwa tanpa disedari. ingat, bila susah hati paling-paling tidak dengarlah nasyid atau selawat insyaAllah tenteramlah hati.*memang berkesan dan dijamin halal ;p*


duhai hati
usahlah kau meratapi perkara yang telah terjadi
sejarah tidak akan pernah berubah
masa depan menanti untuk dicorak
hargai detik dan saat ini
agar sejarah tidak akan berulang lagi



Sunday, November 6, 2011

The Power Of Words BISMILLAH ALLAH HU AKBAR




subhanallah! they're more religious than most human. the power of the words make them total submission, ready for everything.... shame to me who is given brain to think who HE is and giving all my loyalty to HIM but i didn't.

 For, Believers are those who, when Allah is mentioned, feel a tremor in their hearts, and when they hear His signs rehearsed, find their faith strengthened, and put (all) their trust in their Lord;        [al-anfal,8 : 2]

3eed sa3eed

السلام عليكم
الحمدلله


ada orang lagi ke baca blog ni?? takpelah saje nak merapu, nevermind. cuti seminggu baru rasa boleh bernafas sikit, tu pun dah ada banyak events yang perlu dihadiri *eceh macam pegawai terhormat plak ;p* open house sana sini, majlis raya sinin sinun. sape yang tak nak pergi kan, makan free tuh! tak baik tolak rezeki. 

masuk mood serius sikit ye;

alhamdulillah masih panjang umur diberi kesempatan menyambut aidiladha kali ke 3 di perantauan. entah bagaimana sambutannya tahun ini, curious jugak...wait and see tomorrow bebeh! oleh itu, dengan penuh bangga diri dan sombong rendah diri dan takzim ingin saya mengucapkan "kol sanah toyben wa sa3eed aidiladha" kepada seluruh umat Islam terutama buat keluarga tercinta. bagi yang mengerjakan ibadah haji moga mendapat haji yang mabrur. juga buat sahabiah yang berada di perantauan ikhlaskan hati menyambut Aidiladha tanpa keluarga tersayang, anggaplah ini merupakan satu KORBAN untuk mendapaptkan segenggam kejayaan.


HELWAH AIDILADHA~~



p/s: no pics as i'm too lazy buzy baking cake~!
adios
jane!